Saturday 22 June 2013

Lama beno menyepinya~

Haihaihai dan salam satu Lendu. Ehem ehem. Dari salam satu Lendu tu dah boleh tahu lah kan gua dapat study kat mana? Haha so far gua dah tiga minggu kat Lendufornia ni. Pehhhh awesome dohhh kat sini. Sumpah gua tak tipu. Hmmhmm gua suka gila suasana sini. Persekitaran sini sangat best. Okayyy now gua mulakan dengan kos apa yang gua dapat. Hmm gua ditawarkan kos diploma in accountancy. Alhamdulillah itu first choice gua masa isi UPU dulu. Hikhik. Nampak tak betapa Allah sayangkan gua? Banyak sangat dah peluang yang Allah bagi pada hambaNya dalam dunia ni. Kita je kadang-kadang terlupa nak bersyukur. Hihi nampak tak dah macam ustazahnya di situ? Baru tiga minggu, kereknya kemain. Haha. Okayyy gua dah intro kos gua dan sekarang gua rasa nak cerita pasal budak-budak yang dapat study sama dengan gua kat sini. Hihi well memang lah majoritinya 18 kan? Dan gua sudah pun 20. Tapi tahukah anda bahawa saiz badan gua yang comel ala-ala budak tadika ni telah menyelamatkan gua dari orang lain tahu umur sebenar gua. Hikhik malu lah kita. So dalam masa tiga minggu gua study sini, gua rasa sangat suka. Tak percaya? Sukanya gua kat sini sampai gua takrasa nak balek rumah langsung. Ya! Sikit pun takde rasa nak balek rumah. Haha. Ohhh haaaa kat tempat gua study ni, ada artis. Ehhh artis ke? Entah lah. Gua tak kenal pun dorang ni siapa tapi dah orang cakap dorang ni famous amos, gua pun labelkan jelah artis. Hehe. So yang pertama famous amos kat sini Mawar Rashid. Korang kenal? Gua yakin ada yang kenal. Orang ramai cakap dia ni keekers. Hmmm setakat ni gua belum view lagi lah keek dia ni tapi insha Allah satu hari nanti gua akan view. Okayyy student kedua yang famous amos kat sini Megat apa entah. Tetiba gua lupa pula nama dia. Haha. So orang ramai cakap dia ni tweetfamous. Hmmm yang ni pun gua masih belum view lagi twitter dia walaupun gua ni kaki tuit. Hikhik. Takpe takpe nanti gua tengok twitter dia. Busy lah kat sini. Busy dengan life kat sini. Seronok! Serious talk lah brohhhhh! Haha. Rasanya buat masa ni, itu sahajalah cerita gua. Later on gua hapdet life gua kat sini. Hikhik. Mmmmmmmmuah :**

Tuesday 28 May 2013

UPU DUA

Assalamualaikum dan salam comel wahai rakyat jelata sekalian. Hihi. Entry kalini gua nak sambung entry sebelum ni. Ehem sebenarnya takde lah sambung mana tau sebabnya dalam entry ni, gua cuma nak bagitahu gua dapat UITM mana. Itu aje. Hehe. So nak dipendekkan cerita, gua pun dapat UITM Lendu. Sobsob. Gua sobsob ni sebab gua dengar cerita dari sepupu kesayangan gua yang study kat satu tempat UITM, dia cakap UITM gua ni pedalaman sikit. Pehhhhh untuk orang yang kuat dan gila dan kaki jalan macam gua ni akan mati kutu lah nampaknya. Ohhh stress. Haha. Gua ni dah lah tengah teruja gila sebab kalini gua pergi study dengan lesen P di dalam tangan. Pehhhh ini lagi satu benda yang buat gua stress. Haha. Member sebaya dan seumur gua semua dah tukar lesen P kepada lesen kompeten. Sedih siaaa. Haha. Gua ni jenis yang buat benda mesti separuh jalan. Sodeh. Haha. Kali kedua hamek, baru sukses. Cerita dia, masa lepas SPM dulu gua dah amek lesen dah. Tapi taksempat nak P kan lesen, gua dah berhenti belajar memandu. Haha. Bukan apa sebenarnya tau. Gua ni takut beno dengan cikgu yang ajar gua drive tu. Sebenarnya cikgu yang ajar gua memandu tu, pakcik gua sendiri. Darah daging gua. Tapi dia punya garang, pehhh kalau naga lah. Haha. Tapi alasan takut dengan cikgu tu macam tak munasabah lah pula nak jadi punca gua tak habeskan belajar memandu gua sebelum ni. Nak tahu gua heboh kat orang ramai kenapa gua takhabes ambil lesen? Jengjengjeng. Gua cakap, gua nak pergi sambung study. Haha. Tapi memang kebetulan lah time tu gua nak pergi study dah. Fuhhhh selamat dah gua dari kena marah selalu dengan cikgu memandu gua a.k.a pakcik gua tu. Hihi. Tapi sebenarnya, jauh dalam hati gua ni gua takut nak memandu. Itu lah sebab utama dalam hati gua yang gua pendamkan dari pengetahuan orang lain kenapa gua tak habeskan ambil lesen dulu. Hihi tapi itu semua kisah dulu. Sekarang, gua dah pun berjaya dapatkan lesen P gua. Alhamdulillah dipermudahkan semua nya. Hihi. Itu pun tiga kali JPJ weyyyyyy. Masa hari first JPJ tu, gua lulus jalanraya aje. Litar gua gagal. Sangkut kat parking. Gua langgar tiang! Haha sengal. So the next test tu repeat litar aje lah. Hehe. Kalini kedua test, gua gagal lagi. Kalini gua tak langgar tiang kat parking tu dah tapi gua langgar tiang kat three pointer pulekkkk. Haha takpernah time belajar ada tiang banyak-banyak, tetiba time test bersepah tiang dalam petak three pointer tu. Afakkkkk ahhhhhh, gelabah siot. Tanggggg! Al selamatlah tiang gua langgar. Haha. Alhamdulillah kali ketiga gua lulus. Tapi gua hangen lah juga masa kali ketiga gua test tu. Gua hangen sebab tiang yang gua langgar before ni dah takde! Nampak tak dia saje nak bagi gua gagal minggu sebelum nya? Hahahahaha. Apa punssss gua dah berjaya dapatkan lesen P gua. Alhamdulillah. Harapnya percubaan kali kedua dalam masa depan gua ni pun berjaya juga. Amin~ *hugs*