Tuesday 2 April 2013

Bangun pagi terus membenci

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Cewahhhh semangat pula gua dengan satu Malaysia ni. Maklumlah kan nak mengundi dah ni. Hmm korang undi parti apa? Gua masih belum cukup umur lagi lah nak mengundi. Pehhpehh cakap pasal undi, malam tadi waktu gua lepak gua tengok ada satu lori dengan beberapa orang budak bujang dok pacak-pacak bendera. Pehhh semangat siaaaa. Haaa takpe takpe semangat untuk negara sendiri takpe jangan pula semangat untuk negara lain. Miumiumiu :3 Okayyy sebelum apa-apa gua nak minta maaf kat peminat setia blog gua ni sebab gua ter-skip satu hari mengupdate blog. Bhahahahaha semalam lepak sampai pagi lah. Pehhhh seronok *syaitonnnnn* Okayy tutup pasal gua lepak. Tengok tajuk entry gua kalini. Pelik kan? Hmmhmm bukan setakat pelik aje tapi sebenarnya takbaik. Ya lah dah mulakan hari dengan membenci orang. Allah, korang jangan tiru aksi ini. Hanya orang lemah seperti gua aje yang mulakan hari dengan benda bodoh cenggitu. Miumiumiu. Okayyy cerita dia macam gini. Gua terpaksa memaksa diri gua membenci orang yang gua paling sayang dan cinta dalam dunia ni. Hmm gua cakap terus terang yang dalam hidup gua ni cuma ada satu insan dalam hati gua *serious talk* Gua sayang dan cinta dia sangat-sangat. Lebih dari gua sayang dan cinta diri gua sendiri. Bodoh kan gua? Ya memang gua bodoh. Gua lemah. Cinta dan sayang orang yang dah tak ingat langsung kat gua ni. Ahhhh padan muka gua. Semua jadi salah gua sendiri. Okayy tutup fefeeling ni. Malam tadi gua lepak dan atas nasihat tiga orang member gua, gua dah decide yang gua mesti benci orang yang gua sayang dan cinta tu. Mesti. Nasihat mereka dan kata-kata mereka yang buat gua kuat. Terima kasih Farah, Huda dan Hakim. Gua sayang korang. Gua dah ikhtiar macam-macam benda untuk gua move on dan lupakan dia yang gua sayang dan cinta tapi sampai sekarang takmampu lagi. Pernah dengar hari kita tentukan dengan niat di awal pagi? Miumiumiu. Gua dah decide setiap kali gua tersedar dari tidur, gua mesti sebut yang gua benci Polan bin Si Polan dalam hati. Mesti sebut lebih dari seratus kali. Then baru gua mulakan hari gua. So gua harap dengan cara gua yang baru ni gua mampu move on. Insha Allah dipermudah *hugs*

No comments: