Tuesday 16 April 2013

Senyuman yang sama

Senyuman masih aku ukir pada bibir aku yang takberapa nak mulus ni. Senyuman tampak sama. Sama sangat macam dua tiga tahun dulu. Tapi hakikatnya, makna senyuman sudah berbeza. Dulu aku tersenyum kerana aku betul-betul senyum dari hati tapi sekarang? Senyum, aku masih senyum. Masih sama senyuman aku. Cuma, aku senyum atas sebab yang berbeza. Kau tampak bahagia sangat sekarang. Dan kerana itu aku senyum. Memang dalam hati aku sedih sebab bukan aku jadi punca kau tersenyum tapi as long as kau bahagia, aku tetap akan senyum. Sayang. Sekarang aku dah pun ada pengganti. Kenapa aku mudah sangat terima dia sebagai ganti tidak perlu aku cerita di sini. Takut. Aku takut ada yang terluka lagi. Selama aku hidup hampir 20 tahun, banyak sangat hati yang dah aku lukakan. Dan kali ini, aku cuba sehabis baik menjaga hati semua orang. Terutama hati kau, kekasih. Dia yang baru ada ajak aku jadi yang halal buatnya. Cepat sungguh dia membuat keputusan. Namun, aku tolak. Aku sekarang bukan aku yang dulu lagi. Aku sekarang lebih bersikap menjaga masa depan yang telah aku rancang. Aku ada masa depan yang cerah untuk aku jaga. Sangat cerah. Dan jauh dalam sudut hati aku minta dia yang baru tangguhkan tarikh kami diijab kabulkan adalah kerana aku masih berharap pada kau. Aku percaya jodoh aku dengan kau, kekasih *hugs*

No comments: